Makan Premium Seafood di ‘Nice Catch’ Pavilion..

Minggu lepas saya dijemput untuk datang sebuah restoran yang baru buka di Pavilion, Kuala Lumpur. Namanya “Nice Catch” dan konsepnya adalah “premium seafood” dengan pelbagai jenis “homemade sauces”. Sebagai orang memang suka makan, saya pergi kedai tu dan cuba rasa makanan dia. Berikut adalah komen2 saya tentang pengalaman saya haritu. Pertama sekali, Nice Catch terletak … Continue reading Makan Premium Seafood di ‘Nice Catch’ Pavilion..

Nasi Kandar Penang di Petaling Jaya?

Tuudiaa Mat Salleh ni mai dahh !! Kali ni Rhys William bawak hangpa semua pekena nasi kandaq yang legend di PJ. Nak tau awat depa kata kedai ni legend dan terbaik? Ok, minta maaf untuk “loghat utara” saya ya, banyak lagi kena belajar 😂 Jom tengok “Mat Salleh Cari Makan” dan saksikan macam mana Nasi Kandar … Continue reading Nasi Kandar Penang di Petaling Jaya?

Jom menyeberang Luat Cina Selatan dan merasa makanan dari Sarawak

Antara semua negeri-negeri di Malaysia, salah satu favourite saya ialah Sarawak, sebab makanan di situ terbaik. Lagipun antara semua Laksa di Malaysia, yang kegemaran saya ialah Laksa Sarawak. Jom tengok video terbaru saya nak cari Laksa Sarawak yang rasa authentic di KL..

Durian sedap, tempoyak pun sedap, tapi ikan patin tempoyak paling sedap

Aku nak mengaku sesuatu.. Sebenarnya aku memang suka makan durian 😝. “Hantu durian” katanya.. Tempoyak pun suka jugak 😋 Hari ni abam Rhys payung korang video aku cari dan makan Ikan Patin Tempoyak yang superb. Kalau korang tak percaya mat salleh boleh tahan durian dan tempoyak, hiburkan hari anda dengan video ni.. Barulah percaya 😂 p.s. Ada … Continue reading Durian sedap, tempoyak pun sedap, tapi ikan patin tempoyak paling sedap

Kawe nok make nasi kerabu…

Hari ni saya nak tunjuk korang video saya cari nasi kerabu sangat sedap di KL. Saya juga cuba “kecek kelate” (cakap loghat Kelantan) Antara nasi kerabu saya pernah makan, yang ni salah satu paling sedap. Saya suka kedai ni sebab dia masih dimasak secara asal dan tradisional. Yang penting, untuk jadikan nasi warna “biru” dia tak guna … Continue reading Kawe nok make nasi kerabu…

Blog “Mat Salleh Cari Makan” di Bernama Radio

Bulan Januari 2017 saya dijemput datang ke Bernama Radio untuk cerita sikit pasal pengalaman saya di Malaysia dan kongsi sikit pasal blog ni.

Semua interview tu dirakam melalui Facebook live, tapi panjang sangat (dah hampir sejam). Jadi saya editi sikit dan potong interview ke bahagian pasal blog saya.

Dalam video tu saya kongsi macam mana dan kenapa saya mula blog “Mat Salleh Cari Makan” ni.

Boleh tengok video tu di bawah ni

Makan angin di Kuala Lumpur… ya betul, KL!

Misi meneroka dan menjelajah Kuala Lumpur bersama Tourism Malaysia dan #AboutKL Bila saya tanya kawan2  pasal apakah yang menarik kat KL, biasanya dia kata “Tak ada apa2 kat KL, kalau nak pergi jalan2 lagi best pergi luar KL”. Sama bila saya tanya pelancong dari luar negara pendapat pasal Kuala Lumpur, dia kata sama juga. Sayanglah.. sebab … Continue reading Makan angin di Kuala Lumpur… ya betul, KL!

Kena Tipu Bila Mendaki Gunung Ledang..

Saya baru balik dari Gunung Ledang daypack dan saya nak bagi nasihat untuk orang lain berminat hiking kat situ. Hati2 bila naik sebab 3 kali saya kena tipu.. ?     Yang pertama, orang kata kat situ ada “KFC” masa nak naik. Saya ingat itu restoran KFC, tapi sebenarnya KFC tu maksud “Killer For Climbers” … Continue reading Kena Tipu Bila Mendaki Gunung Ledang..

Cuma blog biasa pasal seorang ‘Mat Salleh’ jalan-jalan di Malaysia