All posts by Rhys William

Hai nama saya Rhys William dan sekarang saya duduk kat KL. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-) Kalau awak nak baca lagi pasal aku klik disini.. Kalau awak nak 'friend' aku kat facebook, blh klick kat sini www.facebook.com/TheRhysW

Misi Mencari Baba Nyonya Cendol di Melaka

Disebabkan oleh kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa, Cendol merupakan hidangan pencuci mulut yang sangat terkenal. Seperti yang kita tahu, Malaysia beriklim panas lembab menjadikan hidangan sejuk seperti cendol digilai ramai. Cendol pada asalnya merupakan hidangan pencuci mulut yang berasal dari masyarakat Melayu. Tetapi di masa peti ais belum wujud, dan ais masih belum tiba di … Continue reading Misi Mencari Baba Nyonya Cendol di Melaka

Top 10 Nasi Lemak Terbaik & Menarik

Bersempena dengan “The Nasi Lemak Show” berikut adalah 10 kedai nasi lemak terbaik dan menarik yang anda patut cuba! 1. NASI LEMAK SALEHA Nama: Nasi Lemak Saleha Lokasi: Sri Rampai & Kampung Pandan, Kuala Lumpur Sejarah: Mula beroperasi di Kampung Pandan lebih 30 tahun lepas Nasi: Nasi lemak Tanak (dimasak dalam rice cooker). Rasa berlemak, … Continue reading Top 10 Nasi Lemak Terbaik & Menarik

Makanan Istimewa Taiwan – Xiao Long Bao di “DIN” By Din Tai Fung..

Minggu lepas saya dijemput untuk datang ke sebuah restoran di KLCC, Kuala Lumpur. Satu restoran yang amat menarik bagi saya. Nama dia “DIN” By Din Tai Fung. Kenapa saya rasa restoran ni menarik? Biar saya jelaskan dalam blog ni. Latar Belakang DIN By Din Tai Fung Din Tai Fung sebenarnya berasal dari Taiwan, asalnya diasaskan … Continue reading Makanan Istimewa Taiwan – Xiao Long Bao di “DIN” By Din Tai Fung..

Makanan-makanan Terbaik Di Langkawi – Best Food In Langkawi

Langkawi atau juga dikenali sebagai “Permata Kedah”, sebuah kumpulan 99 pulau yang terletak dalam negeri Kedah.  Langkawi adalah destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia, dan juga salah satu destinasi “favourite” saya juga 🙂 Dalam blog post harini saya nak ceritakan tentang makanan-makanan terbaik di Langkawi (sebelum ni saya tulis blog post tentang aktiviti-aktiviti terbaik di Langkawi) … Continue reading Makanan-makanan Terbaik Di Langkawi – Best Food In Langkawi

Tempat-tempat terbaik di Langkawi – Top Things to do in Langkawi

Langkawi atau juga dikenali sebagai “Permata Kedah”, sebuah kumpulan 99 pulau yang terletak dalam negeri Kedah.  Langkawi adalah destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia, dan juga salah satu destinasi “favourite” saya juga 🙂 Saya baru sahaja balik dari seminggu di sana, dan kali ini boleh kata salah satu pengalaman terbaik sekali sejak saya pindah ke Malaysia. … Continue reading Tempat-tempat terbaik di Langkawi – Top Things to do in Langkawi

Meneroka makanan tradisional British versi halal di London

Antara semua post dalam blog ni, yang paling popular ialah blog tentang London, Dan juga ramai orang mesej saya tanya saya tentang London, terutamanya tentang makanan di sana.. Tahun 2017, saya balik kampung, tapi bukan semata-mata, sebenarnya saya nak buat kajian tentang “makanan tradisional british” tapi versi halal. Jadi, untuk orang yang ada plan nak pergi … Continue reading Meneroka makanan tradisional British versi halal di London

Makan Premium Seafood di ‘Nice Catch’ Pavilion..

Minggu lepas saya dijemput untuk datang sebuah restoran yang baru buka di Pavilion, Kuala Lumpur. Namanya “Nice Catch” dan konsepnya adalah “premium seafood” dengan pelbagai jenis “homemade sauces”. Sebagai orang memang suka makan, saya pergi kedai tu dan cuba rasa makanan dia. Berikut adalah komen2 saya tentang pengalaman saya haritu. Pertama sekali, Nice Catch terletak … Continue reading Makan Premium Seafood di ‘Nice Catch’ Pavilion..

Percubaan saya berpuasa sepanjang bulan Ramadan

Mungkin korang dah tahu, bulan Ramadan 2017 saya cuba puasa. Bukan 1 atau 2 hari tahu, saya nak puasa sepanjang bulan Ramadan.. Kenapa? Sebab orang kata, kalau nak sambut Hari Raya.. kena puasa penuh dulu 🙂 Sebenarnya saya puasa sebab saya nak belajar lebih lanjut tentang bulan Ramadan, dan kenapa orang Islam berpuasa. Saya tahu … Continue reading Percubaan saya berpuasa sepanjang bulan Ramadan

Nasi Kandar Penang di Petaling Jaya?

Tuudiaa Mat Salleh ni mai dahh !! Kali ni Rhys William bawak hangpa semua pekena nasi kandaq yang legend di PJ. Nak tau awat depa kata kedai ni legend dan terbaik? Ok, minta maaf untuk “loghat utara” saya ya, banyak lagi kena belajar 😂 Jom tengok “Mat Salleh Cari Makan” dan saksikan macam mana Nasi Kandar … Continue reading Nasi Kandar Penang di Petaling Jaya?