Dari penulis blog ke penulis buku…

Alhamdulillah… Rhys “penulis buku” William 😍.Tak sangka pula Rhys boleh menulis buku, lagipun menulis buku sendiri 100% dalam Bahasa Melayu..

Masa mula² saya start blogging dalam bahasa melayu (pada tahun 2015) tak pernah fikir pun satu hari nanti saya akan tulis buku

Memperkenalkan “YouTube 3 Langkah” Sebuah buku yang merangkumi bagaimana saya mengembangkan YouTube channel sehingga 250,000 subscribers, dan bagaimana sesiapa orang lain pun boleh mula dan berjaya sebagai “YouTuber”. Satu panduan lengkap, langkah demi langkah, untuk orang berminat dengan YouTube..

Nak tulis buku ini memang ambil masa, dekat 3 bulan tulis setiap hari. Banyak perkataan baru rhys belajar sementara menulis buku ni haha. Tapi rasa bangga bila tengok semua dah siap dan printed 🙂

Sekarang “YouTube 3 Langkah” boleh didapati dalam bentuk “Ebook”. Boleh dapat dari www.youtube3langkah.com.

Rhys nak ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyokong rhys dalam perjalanan ni dan tak sabar dengar feedback korang semua yang baca buku rhys ini 🤩

Rhys William

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)