Category Archives: Video

Nasi Kandar 100 Tahun — Hameediyah Nasi Kandar

Restoran Hameediyah, Pulau Pinang merupakan restoran nasi kandar tertua di Malaysia. Dibuka pada tahun 1907, perniagaan ini telah diwarisi 7 generasi dan masih menjadi pilihan utama warga Pulau Pinang. Restoran Hameediyah menyajikan hidangan terbaik seperti beriyani, murtabak dan banyak lagi. Dalam episod ini, saya bertemu pemilik restoran bertanyakan perihal sejarah perniagaan nasi kandar tertua, mempelajari … Continue reading Nasi Kandar 100 Tahun — Hameediyah Nasi Kandar

Resepi Nasi Kerabu Sedap

Nasi Kerabu merupakan hidangan yang terkenal di seluruh Kelantan. Tak sah makan nasi kerabu tanpa budu. Selepas melawat perusahaan Budu Cap Ketereh di Rantau Panjang, Kelantan, Rhys singgah ke Kampung Pulau Belacan untuk mempelajari lebih lanjut proses pembuatan Nasi Kerabu pula. Tonton video Proses Pembuatan Budu Cap Ketereh Nasi Kerabu Kg. Pulau Belacan: https://goo.gl/maps/Nxm3RFqQYsBe1uQw7 Senarai … Continue reading Resepi Nasi Kerabu Sedap

Bakar Akok Dengan Sabut Kelapa

Negeri Kelantan memang terkenal dengan kepelbagaian kuih muih yang sangat enak. Antara kuih yang terkenal di Kelantan adalah kuih akok. Ramuannya sama sahaja dengan bahulu, yang berbeza adalah nisbah antara ramuan tersebut sahaja. Akok merupakan sejenis kuih yang berasaskan telur, santan dan tepung. Dibancuh bersama gula melaka dan daun pandan, akok dimasak secara tradisonal menggunakan … Continue reading Bakar Akok Dengan Sabut Kelapa

Mat Salleh Masak Budu?

Budu merupakan sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Makanan tradisional ini terkenal di negeri-negeri pantai timur Malaysia dan juga negero-negeri selatan Thailand. Tanya sahaja warga Kelantan, pasti mereka suka kan budu dan menjadikan budu sos wajib di atas meja makan. Saya ke kilang budu terbesar di Malaysia iaitu Budu Cap Ketereh. Kilang yang berusia … Continue reading Mat Salleh Masak Budu?

Rhys Masak Nasi Dagang

Nasi dagang merupakan hidangan yang sangat terkenal di Pantai Timur. Hidangan yang diperbuat dari campuran beras dan pulut beserta gulai ikan tongkol kebiasaanya dihidangkan sebagai sarapan Asal usul hidangan ini membuktikan kepentingan bandar pelabuhan di Pantai Timur seperti Kuala Terengganu satu ketika dahulu. Hidangan ini dicipta untuk dijual kepada pedagang yang berlayar jauh dari atau … Continue reading Rhys Masak Nasi Dagang

Otak Otak Ikan Tenggiri

Penjelajahan saya ke Pantai Timur diteruskan lagi ke Kemaman, Terengganu. Kemaman merupakan salah satu pintu gerbang ke negeri Terengganu menjanjikan keunikkan dan pengalaman menarik untuk merasai sendiri otak-otak asli daripada isi ikan yang sebenar. Saya bertemu Pn. Che Wan Sainah untuk mendalami cara pembuatan otak-otak asli gabungan dari isi ikan sebenar dan sambal resipi turun … Continue reading Otak Otak Ikan Tenggiri

Rhys Makan Sambal Petai

Saya meneruskan penjelajahan Pantai Timur, Malaysia dan kini sudah tiba di Kuantan. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang . Terletak di persisiran Laut China Selantan, Kuantan bukan sahaja terkenal sebagai bandar yang membangun tapi juga tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kedudukan Kuantan di persisiran pantai menjadikan ikan segar sebagai sumber makanan warga setempat. Seawal 3 pagi, … Continue reading Rhys Makan Sambal Petai

Ikan Patin Temerloh

Pengembaraan Mat Salleh Cari Makan di Pantai Timur diteruskan ke Temerloh, Pahang. Titik tengah semenanjung Malaysia. Sebut sahaja Temerloh, pasti ada yang menggambarkan Tempoyak Ikan Patin. Tapi dalam episod kali ini, saya bukan semata-mata menjamah tempoyak, tetapi mempelajari sendiri bagaimana ikan patin diternak dan mengapa Temerloh terkenal dengan ikan patinnya yang berkualiti tinggi.

Naik Helikopter Beli Lemang To’Ki

Saya kini kembali dalam musim terbaru siri popular, Mat Salleh Cari Makan. Kini saya akan menjelajah seluruh Pantai Timur dalam perjalanannya mengenali budaya setempat melalui hidangan setiap negeri. Dalam episod pertama Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur yang dibawakan oleh Bridgestone Tyre Malaysia, saya memulakan perjalanannya dari Bentong, Pahang. Lemang merupakan makanan tradisional bangsa Melayu … Continue reading Naik Helikopter Beli Lemang To’Ki