musim buah durian

Orang Putih vs Raja Buah – Durian Runtuh

Akhirnya musim buah dah sampai, dan ni maksudnya boleh makan banyak durian!

Satu benda pelik dan menarik pasal malaysia ialah banyak rakyat malaysia memang suka buah durian. Mereka suka durian sangat, mereka buatkan peribahasa “Durian Runtuh” – maksud “Dapat untung besar dengan tidak disangka-sangka”. Inilah contoh berapa banyak mereka suka durian sangat , dia kata durian sama dengan untung besar. Kelakar betul tak?

TAPI bila saya baru sampai malaysia saya langsung tak faham kenapa orang sini suka buah itu. Kenapa orang heboh pasal durian lah? Buah tu bau sangat (kadang2 bau macam sampah), dan bila saya cuba rasa macam dia dah busuk lah.

Cop! Sebelum awak marah kat saya untuk menghina ‘Raja Buah’, biar saya bagitahu. Sekarang saya memang suka durian dan berikut cerita macam mana saya jadi ‘orang sayangi durian’.

Imeg dari http://adoi-means-ouch.blogspot.com/2007/12/mat-salleh.html
Imeg dari http://adoi-means-ouch.blogspot.com/2007/12/mat-salleh.html

Sebenarnya, kalau orang barat atau ‘mat salleh’ nak suka durian, dia mesti makan tiga kali dulu. Betul! Macam ni, pertama kali dia makan dia memang tak suka (dan nak bersihkan mulut dengan sabun terus lepas makan), dan biasanya lepas ni dia tak nak cuba lagi dua kali. Kebanyakkan orang tak nak cuba lagi. Tapi dia kena cuba lagi sekali. Kali kedua sama, rasa tak baik sangat. 99% orang berhenti sekarang. Tapi orang berani cuba durian kali ketiga dan dia “dapat durian runtuh” ( “Dapat untung besar dengan tidak disangka-sangka”) dan untung itu ialah buah yang paling sedap dan enakkan. Ni menjelaskan kenapa orang putih yang tinggal kat malaysia masa yang lama suka durian, dan jarang nampak orang putih pelawat suka durian. Macam gambar di atas.

Sebab itu sekarang saya memang suka durian, dah makan 3 kali dan lepas kali ketiga makan banyak lagi. Durian ialah buah tropika saya paling suka dan makan banyak kali sebulan (kalau musim). Sebab masih musim sekarang(bila saya tulis post ni) saya kerap pergi gerai durian.

Jadi, lain kali awak nampak saya makan durian, jangan jsayan sahaja lah – cakap kat saya dan kita boleh share2 berberapa biji durian 🙂

 

Comments

comments

10 thoughts on “Orang Putih vs Raja Buah – Durian Runtuh”

  1. hai William, apa khabar. bila bercakap tentang durian, saya teringat satu program tv America di Astro saluran TLC 707, ‘Bizzare Food’ di host kan oleh Andrew Zimmern. saya pasti William kenal dengan selera luarbiasanya yang gemar mencuba, merasa dan memakan makanan ‘exotic’. kadang kala beliau memakan benda yang tidak masuk akal seperti pig snouts, swamp foods, tenggiling bbq, sosej darah dan macam2 benda yang jika orang gila melihatnya, kemungkinan akan cemburu kerana kewarasan fikirannya tidak dipersoalkan oleh pakar kesihatan dan pakar psychiatric 😛 Semasa di Malaysia, beliau diberi kesempatan untuk mencuba durian a.k.a ‘raja buah’, En. Zimmern dilihat tidak dapat menelan walau secebis dari seulas durian di tangannya. Saya berasa kasihan padanya kerana tidak dapat menahan rasa mual dan loya pada bau dan rasa buah durian. haha! sudah tentu bagi kita yang biasa memakan durian akan merasa pelik, bagaimana anda boleh menelan ‘bangkai’ haiwan buat pertama kali dan menyukainya tetapi tidak dapat menikmati dengan positif isi durian yang hebat itu hanya kerana tidak tahan dengan bau dan rasa seperti bawang merah lembik yang sudah busuk, katanya. haha!.. Apa2 pun, saya mengucapkan syabas kepada William kerana berjaya menyukai durian. ada juga orang tempatan yang tidak suka pada rasa durian apatah lagi baunya. itu adalah hak masing2. yang pasti, bak kata pepatah mat saleh, hell on outside, heaven in the inside, dan pepatah melayu pula ‘tak kenal maka tak cinta’.

    Durian cheers!

    1. khabar baik 🙂

      Wow, saya tak pernah tengok program tv tu, tapi program tu bunyi macam kelakar. Macama mana Andrew Zimmern boleh makan makanan yang pelik gila ( sosej darah, pig snount dan lain2) tapi dia tak boleh tahan bau dan cita rasa durian? Pelik kan..

      Saya setuju, durian macam “hell on outside, heaven on inside”, mungkin kalau dia cuba durian tiga kali (macam saya cakap kat blog di atas) dia suka sangat haha

  2. hai William

    awak sudah jadi hantu durian!!
    🙂

    satu petua..
    kalau pening kerana bau durian dalam kereta
    letak sedikit arang dalam kereta ..
    nanti hilang lah bau durian itu!

  3. orang kata kalau makan buah durian makan sama2 dengan buah manggis. kan lepas makan durian kalau kita sendawa (burp) mesti orang sebelah boleh bau.so kalau makan manggis lepas makan durian kita takkan burp bau durian.cuba la..tu pasal kat gerai durian kadang2 ada orang jual buah manggis jugak.

  4. Awak patut makan durian kampung.. Bukan sume durian sedap…kena pilih betul betul..lepas makan, ingat minum air kosong banyak2..^_^

  5. Lagi satu petua nak cepat fasih bahasa melayu…banyakkan makan belacan(sambal belacan dengan ulam petai,jering,kerdas). Atau kangkung goreng belacan…atau apa sahaja yg ada asas belacan. Mesti akan cepat fasih bahasa melayu dan accent mat salleh berbahasa melayu akan hilang.

Leave a Reply