Anak Rhys “Hantu” Satay Muar..

satay muar

Perghh, rasa macam dah lama Rhys tak buat video… rindu jalan-jalan dan makan-makan.. 😅

Sekarang Malaysia dah masuk ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) maksudnya kita dah boleh merentas negeri dan berjalan-jalan kalau kita ikut SOP.

Ini kali pertama Rhys keluar berjalan dengan keluarga sejak Mac lalu, dan juga kali pertama family rhys masuk video… 😲

Weekend lepas kami ke Muar, Johor untuk misi makan sarapan satay dan jalan-jalan di Muar. Rhys cuba buat vlog sikit tentang aktiviti-aktiviti Rhys semasa di Muar.

Harap korang semua suka vlog style macam ni (ni rhys shoot dan edit semua sendiri tau… jadi maaf kalau kualiti agak kurang haha)

Dan ye betul… Leo memang kuat makan hahaha…. nak jadi food reviewer macam bapak dia kot 😅

Enjoy!

Rhys William

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)