Bukit Kutu Mat Salleh

Bukit (Gunung) Kutu – Lumpur, Jatuh, Golek dan Banyak Lebah

Sebelum saya mula tulis cerita ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang pergi Bukit Kutu dan Bukit Tabur dengan saya. ┬áSaya rasa macam diterima kat group korang dan tak sabar nak pergi hiking dengan korang tak lama lagi ­čÖé

Bukit Kutu ialah satu Gunung dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tapi saya nak jelaskan kejap, walaupun namanya “Bukit” dia memang bukan┬ábukit, dia macam Gunung. Biasanya kalau Bukit lebih dari┬áketinggian 600m, dia dipanggil Gunung. Bukit Kutu ialah 1053m tinggi, so confirm dia┬áGunung. Saya tak tahu kenapa orang┬ápanggil dia bukit, tapi baca online ramai orang tak tahu jugak. Cerita berikut cerita pasal hari tu saya naik bukit ni..

Bukit Kutu lebih kurang 1 jam dari KL, dan kalau nak sampai kat puncak sebelum tengah hari (bila cauca panas) mesti mula hike awal pagi. Geng kita jumpa kat kaki bukit pukul 6 pagi, maksudnya saya kena bangun awal! Tak biasa bangun awal macam ni, tapi masa awal pagi tu memang baik. Kalau orang bangun awal dia ada banyak masa hari tu untuk ambil semua peluang hari tu boleh bagi.

sungai kaki bukit kutu
Lintas sungai dekat kaki Bukit Kutu

Bila kita mula hike tu, saya tak tahu apa nak jangka, sebab ni kali pertama saya naik gunung kat negara ni. Captain geng kita cakap trail tu tak susah sangat, dan kita boleh naik dalam 3 jam sahaja. Kurang 5 minit lepas mula hike, kita sampai kat satu jambatan atas sungai, tapi jambatan tu rosak dan awak kena pilih- cuba lintas jambatan, atau nak lintas lalu sungai tapi basahkan kasut dan kaki. Geng kita pilih untuk lintas jambatan, dan walaupun licin sangat nasib baik orang tak jatuh. Tapi jambatan ni macam petanda apa lagi halangan ada kat hike ni, sebab kurang 10 minit lagi kita kena lintas lagi satu sungai, tapi sungai ni tak ada jambatan. Lepas tu kaki dan kasut dah basah lah tapi tak ada hal hehe.

trail bukit kutu
Trail jadi curam dan licin sikit

Untuk lagi 40minit trail tu ok sangat, dia menaik sikit dan berlumpur sikit (sebab kat sana hujan pagi tadi hari tu). Sebab itu saya fikir “Kalau trek macam ni tak susah sangat kan”. Tapi saya salah, memang salah haha. Tak lama lagi trail sampai kat tempat curam, dan kalau nak naik kena guna akar pokok macam tangga.

Bila naik trail ni, jalan tu jadi lebih sempit, dan tak lama lagi boleh muat satu orang sahaja. Kat sini ada banyak buluh jatuh atas trail, so mesti merangkak di bawah buluh tu dan jadi kotor dan berlumpur sangat. Menarik sangat, sebab pengalaman ni rasa macam trekking hutan asli hehe.

batu tedung bukit kutu
Batu Tedung besar sangat, dan tak boleh muat dalam satu gambar huhu

Tiba2 lepas keluar dari tempat buluh, ternampak satu batu besar antara pokok. Batu Tedung. Dia batu yang besar melengkung macam kepala ular tedung, dan di bawah tu macam gua. Akhirnya kita dah sampai kat Checkpoint 5 (C5) dan boleh rehat sikit kat sini. Ada berita baik bila orang lain lalu, ada cuma 40minit lagi untuk sampai kat puncak. Woohoo kita dah dekat! ­čśÇ

Kita lepak kat sana sekejap dan kumpul tenaga sementara┬átunggu untuk orang kat belakang group kita. Walaupun ada┬ápelbagai orang┬ákat group kita (orang ada┬ápengalaman banyak hiking, dan newbies macam saya) semua nampak macam nak rehat sekejap haha ­čśë

Tapi kat sini ada sarang lebah kat atap batu tu. Dan saya tak tahu kenapa tapi lebah2 tu memang suka saya, saya kira lebih dari 20 lebah terbang sekeliling kepala saya dan dia duduk kat kaki saya. Takut lah mungkin dia sengat saya tapi nasib baik tak (tapi untuk seluruh hike tu, setiap kali kita berhenti ada lebah2 terbang sekeliling saya. Peliknya..)

Lepas C5 kena lalu hutan buluh lagi, dan kat sini memang susah untuk lalu sebab ada banyak pokok menghalangi trail. Bercabar sikit lah. Bila lalu jatuh banyak kali dan kasut dah kotor sangat. Trail rasa macam ambil masa lama, tapi akhirnya kita sampai dekat puncak. Dan kat sini kembaraan jadi lebih menarik..

Gambar lama dan gambar baru tempat bakar dan cerobong bukit kutu
Gambar lama dan gambar baru tempat bakar api dan cerobong Bukit Kutu

Kat puncak Bukit Kutu ada satu padang kecil, dan kat padang tu ada runtuhan rumah british. Sekarang tinggal cerobong, tangga dan tempat bakar api sahaja. Pelik gila, sebab saya tak faham macam mana orang tinggal kat rumah tu pergi rumah dia.. Dia mesti hike untuk 3 jam setiap hari ke apa? Sebab kat sana tak ada jalan raya pergi atas bukit.

Lepas saya ambil gambar  (kanan), saya rasa macam semua tenaga dah habis dan nak rehat dan makan sebelum turun gunung, tapi orang kat group kita cakap kita belum kat puncak lagi, dan ada sikit lagi kena naik untuk sampai kat puncak. Saya suruh kaki saya untuk jalan dan kita naik ke puncak.

Atas puncak tu memang cantik, sebab boleh nampak pemandangan banyak gunung, tasik dan hutan. Walaupun hari tu ada awan tebal dan jerebu sikit, pemandagannya cantik.

Naik tangga pergi atas batu, gayat gila
Naik tangga pergi atas batu, gayat gila

Kat atas puncak tu ada batu besar dengan tangga boleh naik, kat atas sana boleh ambil gambar kalau berani. Takut dan gayat gila atas batu tu sebab tinggi sangat. Saya ambil gambar sekejap lepas tu terus turun batu..

Kalau nak tengok, dekat puncak tu dia ada lagi satu┬áruntuhan hospital, tapi kena lalu hutan. Saya rasa tak ramai orang pergi sana sebab trail tu sempit sangat dan walaupun kat puncak ada lebih dari 50 orang lain, kat┬áruntuhan hospital tak ada┬áorang lain. Kat sana macam┬áseram sikit sebab ada rutuhan dalam hutan dan tak ada ramai orang, nasib baik tak nampak hantu ­čśÇ

Lepas kita makan lunch, kita mula turun. Tapi hujan baru mula, dan sebab ada ramai geng lain naik bukit hari tu trail memang licin dan curam. Mesti baik2 dan jaga2 bila turn sebab senang untuk jatuh. Sebenarnya mula2 memang tak jatuh dan baik2 banyak, tapi lepas jatuh satu ke dua kali tak kisah sangat, dan kat tempat memang curam saya cuba meluncur untuk turun. Kalau korang nak pergi sana, saya bagi nasihat, pakai kasut ada cengkaman sebab memang licin bila turun. Saya tak boleh kira berapa kali saya jatuh dan golek, dan semua orang kat geng kita jatuh (selain dari 2 orang, mungkin diaorang pakar seimbang haha)

Kita turn dalam 2.5 jam dan sampai kat sungai kat kaki bukit dan mandi kat sana, sugai tu sejuk tapi segar sangat. Lepas tu kita tunggu untuk semua geng kita sampai, sebab bila hujan geng kita┬ádipisahkan sikit. Tapi nasib baik semua sampai kat kaki bukit selamat ­čśÇ

Statistik bila kita naik bukit kutu
Statistik bila kita naik bukit kutu

Hari tu best sangat, walaupun kaki saya berlumpur dan basah, dan esoknya┬áotot dan kaki sakit. Bercabar tapi berbaloi ­čśÇ

Kalau korang nak pergi Bukit(Gunung) Kutu saya boleh rekomen!

Saya atas puncak Bukit Kutu
Saya atas puncak Bukit Kutu
Geng kita atas puncak Bukit Kutu
Geng kita atas puncak Bukit Kutu

Comments

comments

6 thoughts on “Bukit (Gunung) Kutu – Lumpur, Jatuh, Golek dan Banyak Lebah”

    1. Nama app tu sportstracker, tapi sy x pakai ade orang dalam geng kita pakai. dia kata app tu x perlu guna data sebab dia guna GPS sahaja ­čśÇ

  1. Lebah suka awak sebab bila kita hike, mungkin kita banyak berpeluh dan hasilkan bau yang disukai lebah. saya tak pasti, tapi lebah akan pilih orang tertentu saja. Biasanya saya disukai lebah juga, tapi saya pun disukai nyamuk. Teori saya, lebah suka orang yang disukai binatang lain juga. lol.
    Saya tak pernah pegi bukit kutu, tapi sedang bercadang untuk pergi, sebab tu jumpa blog ni. Hutan hujan tropika macam malaysia memang banyak selut dan lumpur kadang-kadang. ­čÖé

Leave a Reply