gua kelam perlis

Jalan-jalan di Malaysia Bahagian 3

Akhirnya, bahagian 3 dah sampai. Maafkan saya, sebab sebenarnya asalnya blog ni ialah Vlog, tapi saya baru belajar bahasa melayu masa tu dan rasa malu bila tengok Vlog tu. Jadi saya x publish dan biar bahagain tu.

Tapi sekarang, walaupun Roadtrip ni saya buat Disember 2013, dan bahagain 1 dan 2 saya tulis Disember 2014, bahgian 3 dah siap. Kat UK kita adeĀ frasa “better late than never” (“lebih baik lewat, berbanding dengan yang tidak sampai” kan?)

Jom. Mula blog ni

Alor Setar

Lepas saya cari hotel kat Alor Setar, saya nak rehat sikit sebelum sambung roadtrip saya. Hari ni hari ke-empat, dan setiap hari pandu antara 6-10jam. Penat gila lah.

So pagi ni, saya meneroka bandar Alor Setar. Pergi Menara dia, pergi ke Kuala Kedah dan pandu sebelah pantai. Saya suka tempat tu sebab memang tanah rata, ade padi sepanjang boleh tengok dan dia hijau sangat. Confirm cantik. Kalau tak percaya, tengok gambar di bawah:

Padi dekat Alor Setar, Kedah

Perlis

Lepas Alor Setar, saya pergi utara ke Perlis. Perlis ialah negeri yang paling kecil kat Malaysia kan? Dia rasa macam tu, sebab rasa macam tak ade ramai orang. Negeri kecil sangat, saya rasa macam baru-baru masuk negeri, tapi dah kat sempadan Thai šŸ™‚

Bila dekat sempadan, saya nak pergi Thailand kejap, tapi tak boleh pandu kereta tu, sebab dia kereta sewa. Kat sana ade satu pakcik dengan taxi, dia kata dia boleh bawa saya per Pusat Membeli-belah kat Thailand untuk RM50 je. Tapi saya risau, RM50 pergi sana – berapa kalau nak balik? Biasanya orang dari UK risau banyak pasal benda macam ni, tak nak orang cekik darah kitaĀ lah šŸ™

Dan, saya kena sampai Penang malam ni! Ade juah lagi!

*Nasib baik saya tak pergi Thailand, sebab hari tu dia ade 2 bom dekat sempadan kat Thailand, memang dekat Padang Besar…Ā 

On the way dari Padang Besar kepada Kedah, saya nampak tanda untuk Gua Kelam. Saya tak pernah pergi Gua, jadi saya rasa “Ok, jom tengok Gua ni sekejap”.

Sebenarnya, kalau nak pergi Gua Kelam, kena lalu Taman Negara Wang Kelian. Taman tu cantik sangat, ade banyak Bukit/Gunung dan jalan raya lalu semua. Dan lagi, saya naik jalan salah dan sesat kat sana.

Chop sekejap. Saya nak bagitahu cerita ni kejap. Cerita ni pelik dan takut sikit. Saya sesat sangat dan tanya orang kat tepi jalan macam mana pergi Gua Kelam. Dia kata, “pergi terus, lepas tu kanan, lepas tu terus awak sampai kat Gua”

Tapi lepas saya pergi kanan, jalan tu jadi jalan kampung. Dan jalan tu jadi lebih sempit. Lepas 10 minit, saya pandu lalu jalan tanah dan hutan.

Saya fikir “Apa ni lah, ni tak jalan pergi Ā ke Gua Kelam kan”

Lepas ni, nak pusing balik. Tapi, jalan sempit sangat. Dan kereta tersangkut. Aduh….

Sesat kat Wang Kelian
Sesat kat Wang Kelian

 

Saya kelaur kereta nak ambil gambar.. tapi rasa macam tempat tu tak selamat sangat. Kita memang dekat sempadan Thailand, tak ade orang lain dan ade gunung dan bukit kat sebelah. Yang ni pertama kali saya rasa takut sikit kat negara ni. Saya kat ‘middle of nowhere’…

*Tapi benda yang palik takut ialah benda yang ni. Awal tahun 2015, berita Malaysia dan Antarabangsa dilaporkan kat Wang Kelian tu dia ade ‘kemĀ penyeludupan manusia’ dan ramai orang meninngal dunia kat sana. Tempat kem tu kurangĀ 500 meter dari tempat kereta saya tersangkut. Rasa macam gigil lah :O Mungkin sebab itu saya rasa tak selesa bila keluar kereta kat sana..*

Lepas kereta belum tersangkut, saya balik ke jalan utama dan pandu balik ke jalan raya. Lepas 15 minit baru nampak tanda ‘Gua Kelam’ šŸ™‚

Gua Kelam Perlis
Masuk ke Gua Kelam ‘The Cave of Darkness’

Gua Kelam ialah tempat yang menarik, dan saya suka tempat tu. Apa yang menarik ialah lepas masuk gua tu, lepas jalan untuk 10 minit sampai kat sebelah lain bukit – dan kat sana ada taman. Ade kolam, ade kerusi, ada sungai, punĀ ade orang tengah buat piknik kat sana. Tapi kena lalu gua yang gelap dan kelam untuk sampai sana. Macam taman tu ‘Secret Garden’. Kelakar lah haha

Lepas Gua Kelam saya terus pandu kepada Penang. Berhenti sekejap kat satu tempat tepi jalan. Tempat tu memang cantik, ada tasik yang besar dan gunung kat belakang tu. Saya tak sempat ambil gambar, tapi saya boleh ingat pemandangan tu untuk selamanya.

Saya rasa bahagian ni dah panjang, dan ada banyak cerita. Saya boleh teruskan cerita Roadtrip saya dalam bahagian 4.

Saya nakĀ mengaku. Saya memang suka negeri Perlis. Negeri tu ialah negeri hijau, ada banyak hutan, padang, pokok dan benda lain hijau. Ā Rasa macam alam kat sana. Dan lagi, kat sana senyup. Saya memang suka negeri tu dan saya harap saya boleh balik sana satu hari nanti, tengoklah mungkin satu hari nanti saya cuba duduk kat sana…

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ade cadangan untuk tingkatkan BM saya letak komen di bawah. Terima Kasih

Cover image dari Marufish – Flikr

 

Comments

comments

2 thoughts on “Jalan-jalan di Malaysia Bahagian 3”

  1. Hi Rhys,

    Saya orang Perlis, kerja di Putrajaya. Boleh je kalau nak balik Perlis. Boleh join raya haji nih. ada ETS ke sana.

Leave a Reply