Roti Canai yang Celaru di Alor Setar

Roti Canai merupakan sarapan yang sangat terkenal di seluruh Malaysia. Saya kini berada di Alor Setar, Kedah untuk mencuba sejenis variasi roti canai yang dikenali sebagai Roti Doll di warung Roti Celaru, Alor Setar.

Roti doll merupakan roti canai biasa yang dibanjiri kuah dal dan sambal. Di atasnya pula ada telur goreng mata kerbau.

Gerai Roti Celaru ini memang padat dengan pengunjung dan sekiranya lewat, pesanan anda akan tiba agak lambat kerana tempahan yang sangat banyak.

Berbaloi ke menunggu hampir sejam untuk juadah ini? Kalau nak tahu, jom tonton video terbaru

Leave a Reply