Tag Archives: bahasa melayu

Jom menyeberang Luat Cina Selatan dan merasa makanan dari Sarawak

Antara semua negeri-negeri di Malaysia, salah satu favourite saya ialah Sarawak, sebab makanan di situ terbaik. Lagipun antara semua Laksa di Malaysia, yang kegemaran saya ialah Laksa Sarawak. Jom tengok video terbaru saya nak cari Laksa Sarawak yang rasa authentic di KL..

Durian sedap, tempoyak pun sedap, tapi ikan patin tempoyak paling sedap

Aku nak mengaku sesuatu.. Sebenarnya aku memang suka makan durian 😝. “Hantu durian” katanya.. Tempoyak pun suka jugak 😋 Hari ni abam Rhys payung korang video aku cari dan makan Ikan Patin Tempoyak yang superb. Kalau korang tak percaya mat salleh boleh tahan durian dan tempoyak, hiburkan hari anda dengan video ni.. Barulah percaya 😂 p.s. Ada … Continue reading Durian sedap, tempoyak pun sedap, tapi ikan patin tempoyak paling sedap

Misi mencari nasi lemak paling sedap di Kuala Lumpur

Bila saya sampai Malaysia 4 tahun lepas, makanan pertama saya makan ialah “nasi lemak”. Hari ni saya nak tunjuk korang video saya cari nasi lemak paling sedap di KL. Kalau korang duduk KL, korang mesti cuba makan kat situ! Nama kedai tu “Nasi Lemak Wanjo” bermula operasi tahun 1963, dan kira anatara satu kedai nasi lemak tertua di Kuala … Continue reading Misi mencari nasi lemak paling sedap di Kuala Lumpur

Blog “Mat Salleh Cari Makan” di Bernama Radio

Bulan Januari 2017 saya dijemput datang ke Bernama Radio untuk cerita sikit pasal pengalaman saya di Malaysia dan kongsi sikit pasal blog ni.

Semua interview tu dirakam melalui Facebook live, tapi panjang sangat (dah hampir sejam). Jadi saya editi sikit dan potong interview ke bahagian pasal blog saya.

Dalam video tu saya kongsi macam mana dan kenapa saya mula blog “Mat Salleh Cari Makan” ni.

Boleh tengok video tu di bawah ni

5 tempat-tempat wajib untuk melawat dekat London, England

Maaf kalau video tak jelas sangat, saya cuba buat video ni dekat tempat tourist di London dan sebab ada ramai orang kat sana saya rasa malu sikit haha 🙂 Baru2 saya balik kampung saya dekat London, United Kingdom. Bila saya ada di sana saya pergi jalan2 di London (sebab dah 2 tahun lebih sejak saya … Continue reading 5 tempat-tempat wajib untuk melawat dekat London, England

Selepas Jerebu Dikurangkan – 5 Taman Cantik dan Menarik Dekat KL

Akhirnya jerebu dah kurangkan, dan boleh nampak pemandangan cantik dan langit biru 😀 Yang ni berita baik untuk saya, sebab saya jenis orang suka pergi luar rumah dan tempat alam. Jadi untuk meraikan jerebu dikurangkan saya akan pergi taman hujung minggu ni dan seronok kat luar. Blog berikutnya ialah Pendapat Saya 5 Taman Cantik dan Menarik … Continue reading Selepas Jerebu Dikurangkan – 5 Taman Cantik dan Menarik Dekat KL

Bukit (Gunung) Kutu – Lumpur, Jatuh, Golek dan Banyak Lebah

Sebelum saya mula tulis cerita ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang pergi Bukit Kutu dan Bukit Tabur dengan saya.  Saya rasa macam diterima kat group korang dan tak sabar nak pergi hiking dengan korang tak lama lagi 🙂 Bukit Kutu ialah satu Gunung dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tapi saya nak … Continue reading Bukit (Gunung) Kutu – Lumpur, Jatuh, Golek dan Banyak Lebah

Bandingan durian Malaysia dengan durian negara-negara lain

Sebelum saya tulis, saya nak cadangkan korang baca blog ni dulu (kalau korang belum lagi) sebab blog ni jelaskan macam mana saya jadi ‘Orang sayang Durian’ Saya rasa bangga saya boleh tahan bau dan cita rasa durian, dan rasa bangga boleh panggil saya ‘Orang sayang durian’. Dulu, saya tak nampak buah durian kat negara lain, dan saya … Continue reading Bandingan durian Malaysia dengan durian negara-negara lain

Jalan-jalan di Malaysia Bahagian 3

Akhirnya, bahagian 3 dah sampai. Maafkan saya, sebab sebenarnya asalnya blog ni ialah Vlog, tapi saya baru belajar bahasa melayu masa tu dan rasa malu bila tengok Vlog tu. Jadi saya x publish dan biar bahagain tu. Tapi sekarang, walaupun Roadtrip ni saya buat Disember 2013, dan bahagain 1 dan 2 saya tulis Disember 2014, … Continue reading Jalan-jalan di Malaysia Bahagian 3

4 Sebab Saya Sayang Malaysia

Ok, ni pertama kali saya buat video macam ‘vlog’, sebab dulu saya rasa malu sikit (sebenarnya malu sangat haha) nak buat video. Tapi baru2 ramai orang cakap kat saya dan cadangkan saya buat video.. Diaorang bagi inspirasi dan motivasi 😀

Harap2 korang boleh faham saya, dan maaf kalau ayat terbalik atau salah/silap ya..

Dalam vlog ni saya cakap pasal 4 sebab saya sayang Malaysia.

Sebenarnya saya ada banyak lagi sebab2 (macam lebih dari 10..) tapi tak cukup masa untuk cakap pasal semua dalam satu video je.

Saya harap korang suka video ni, dan kalau ade maklum balas atau cadangan letak komen di bawah atau mesej saya.