Tag Archives: lemang

Ikan Patin Temerloh

Pengembaraan Mat Salleh Cari Makan di Pantai Timur diteruskan ke Temerloh, Pahang. Titik tengah semenanjung Malaysia. Sebut sahaja Temerloh, pasti ada yang menggambarkan Tempoyak Ikan Patin. Tapi dalam episod kali ini, saya bukan semata-mata menjamah tempoyak, tetapi mempelajari sendiri bagaimana ikan patin diternak dan mengapa Temerloh terkenal dengan ikan patinnya yang berkualiti tinggi.

Naik Helikopter Beli Lemang To’Ki

Saya kini kembali dalam musim terbaru siri popular, Mat Salleh Cari Makan. Kini saya akan menjelajah seluruh Pantai Timur dalam perjalanannya mengenali budaya setempat melalui hidangan setiap negeri. Dalam episod pertama Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur yang dibawakan oleh Bridgestone Tyre Malaysia, saya memulakan perjalanannya dari Bentong, Pahang. Lemang merupakan makanan tradisional bangsa Melayu … Continue reading Naik Helikopter Beli Lemang To’Ki