ThaiKor Restoran Thailand Korea bawah satu Bumbung?

ThaiKor merupakan sebuah restoran yang baru saja dibuka di IOI City Mall Putrajaya berkonsepkan gabungan antara Thailand Steamboat Grill dan juga Korean Grill. Thailand+Korea= ThaiKor! Menarik bukan? Satu tempat makan je korang dah boleh pilih samada nak makan grill ala thai atau ala korea 😆

Kawasan sekeliling yang luas dan cantik
Kawasan sekeliling yang luas dan cantik

Kalau korang datang dekat sini, memang selesa betul sebab korang akan dapat tengok pancuran air yang cantik (pada waktu malam) dekat luar kedai ThaiKor ni tau. Korang boleh pilih juga samada nak duduk didalam kedai atau pun diluar. Yang pasti, dekat dalam ataupun luar, hiasan kedai dua-duanya memang cantik sangat. Korang juga boleh layan lagu k-pop dan T-pop dekat kedai ni, sambil grill boleh tgok video kumpulan idol yang ditayangkan. Syok kan? 😙

Kat sini ada macam-macam jenis bahan yang korang boleh pilih, sosej, bebola ketam, bebola daging semua ada tau! Kalau untuk grill, kat sini ada macam-macam jenis ayam dan daging perapan yang disediakan. Korang boleh pilih samada nak cuba perapan korea atau perapan Thai. Yang lagi best, kalau korang nak dua-dua jenis perapan pun tak ada masalah. Boleh ambil je sepuas hati korang! 

Antara pilhan Seafood Khas Dinner
Antara pilhan Seafood Khas Dinner

Tips untuk penggemar seafood! Khas untuk penggemar seafood, korang kena datang waktu malam tau, kat sini akan ada pilihan seafood sekali untuk korang nikmati. Seafood kat sini memang khas pada waktu malam je tau! Book dulu, takut malam penuh pulak. Melepas korang nanti 😆

Megi dengan mi dia jangan cakap lah, ramen pun ada tau. Memang kalau korang nak buat custom cara korang pun boleh. Rebus je sosej atau bebola kesukaan korang sekali dengan megi/mi yang korang suka. Nak tambah sayur pun ada, custom la ikut suka korang! 🤣🤣🤣 Lauk-lauk untuk makan dengan nasi putih pun ada banyak pilihan.

9 Jenis sos dengan condiment untuk custom sos pencicah 
9 Jenis sos dengan condiment untuk custom sos pencicah 

Apa yang best juga, kat sini ada banyak pilihan sos, dan korang boleh campur ikut selera korang. Korang makan kat sini, diorg akan terus hidangkan sos ni untuk korang, tapi still boleh refill and custom sendiri. Kimchi dengan sidedish korea lain pun akan dihidangkan. Memang terbaik service diorang ni.

Somtam Station
Somtam Station

Berita baik untuk peminat somtam! Kat sini somtam station pun ada, boleh cuba buat somtam sendiri ikut guide yang dia dah bagi. Nak ejas ikut selera sendiri pun takde hal. Tapi kalau korang rasa macam x pandai buat, boleh juga minta staff dia buatkan. Diorang sedia membantu korang tau.

Dessert kat sini memang rugi kalau korang tak cuba sebab kat sini ada banyak gila dessert. Nak buah-buahan pun ada, kalau nak manisan pun ada. Kek batik dengan Pulut Mangga dia korang memang kena cuba. Korang jangan lepaskan peluang korang untuk rasai sendiri pengalaman untuk buat bingsu! Ada banyak jenis topping untuk korang letak ata bingsu korang tau.

MSCM X ThaiKor
MSCM X ThaiKor

Jadi, untuk korang yang pening tak tahu nak makan grill perapan apa, datang je kat sini. Banyak jenis perapan yang boleh korang cuba tau. Tak payah pening kat mana nak makan steamboat thai, tak payah pening nak makan grill korea! Datang sini and dapat rasa semua 😆😆😆

Lokasi: ThaiKor

📍ThaiKor, IOI CityMall, Putrajaya. 

📲 Facebook: https://www.facebook.com/thaikor.my/

📲 Instagram: https://www.instagram.com/thaikor.my/

Mat Salleh Cari Makan x Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee

Kawasan sekeliling yang luas dan selesa
Kawasan sekeliling yang luas dan selesa

Kepada foodie foodie diluar sana, yang teringin masakan Hainan tapi jauh? Tak payah susah hati, jom singgah Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee dekat Puncak Alam ni! Tempat ini boleh  diibaratkan agak hidden gem tau, sedap giler, harga pulak sangatlah berbaloi dengan rasa dan kualitinya! ✨

4 pilihan lauk utama di Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee
4 pilihan lauk utama di Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee

Bayangkanlah korang dapat makan Nasi Ayam Hainan yang ayam dia lembut dan empuk, nasi yang wangi dan beraroma, dan yang paling penting semua makanan ni berharga dekat RM10 je tau! Sangat tak masuk akal kan? Tapi jangan risau, walaupun murah, kualiti dia memang tiptop, bukan main-main tau!

Nak tahu apa yang paling istimewa? Diorang ada Roasted Duck Rice yang power giler wei! Itik dia lembut, sos dia manis masam sampai meleleh air liur, memang membawa anda teringat kat Hainan terus lah. Kalau korang nak something masin-masin manis, digalakkan mencuba la Honey Charsui Rice dia. Charsui dia lembut macam nak cair kat mulut, manis pun tak melampau, memang sedap giler!

Wantan mee merupakan salah satu menu utama disini
Wantan mee merupakan salah satu menu utama disini

Pastu jangan ketinggalan order Pai Tee dia juga!!! Macam tak lengkap je makan Nasi Ayam Hainan tanpa Pai Tee ni. Crunchy, masam sikit, pedas sikit, memang cukuplah nak tambahkan lagi umphhh dekat makanan korang tu!

Pilihan santapan ‘side dishes’ di Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee
Pilihan santapan ‘side dishes’ di Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee

Selain menu utama, dorang pun ada macam-macam side dish macam steamed tofu, fry wanton, fry dumpling, steamed beansprout, and pakchoi. Semuanya sedap giler, memang cukuplah buat perut korang happy.

Menu killer: roasted duck dan roasted chicken di panggang setiap hari
Menu killer: roasted duck dan roasted chicken di panggang setiap hari

Yang best lagi, servis kat Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee ni memang tiptop. Diorang friendly giler, layanan pun cepat ⚡️, memang tak payah tunggu lama-lama nak makan.

So kalau korang cari tempat makan sedap, murah, servis tiptop pulak kat area Puncak Alam memang Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee ni pilihan nombor satu lah! Jom try, memang takkan menyesal tau!

Kawasan kedai yang luas dan selesa
Kawasan kedai yang luas dan selesa

Bonus Tip: Jangan lupa cuba side dish dia macam steam tofu, fry wanton, fry dumpling, steamed beansprout, and pakchoi for a well-rounded Hainanese experience!

Mat Salleh Cari Makan x Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee
Mat Salleh Cari Makan x Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee

Location: 

📍Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee . Shah Alam, Selangor

Facebook : https://www.facebook.com/people/Ahmad-Lee-Nasi-Ayam-Hainan

Sushi Saga: SENSASI FUSION MALAYSIA-JEPUN YANG TAK BOLEH MISS!

Hey korang! Saya baru saja merasai pengalaman makan yang luar biasa di Sushi Saga. Bayangkan, gabungan seni sushi Jepun yang halus dengan rasa rempah ratus Malaysia yang kaya 🍱. Macam J-pop bertemu Irama Malaysia – unexpected, tapi memang padu!

Interior Design Sushi Saga

Bila masuk Sushi Saga, terasa ‘vibe’ yang stylish dengan sentuhan Malaysia. Tempat ni sangat welcoming, seronok jadi tempat lepak untuk jumpa kawan lama. Staff di sini pun top-notch, layanan mereka menambahkan lagi pengalaman makan yang premium 🌟:

Dekat sini semestinya kena makan sushi dia. Tapi ni TOP-3 yang Rhys rasa korang WAJIB cuba sebab takkan dapat dekat tempat lain tau! 

Nasi Lemak Sushi
Nasi Lemak Sushi

Nasi Lemak Sushi: Ini bukan nasi lemak biasa, korang 🥥. Dibungkus dalam nori, dengan topping sambal yang pedas, ikan bilis rangup, dan timun, memang plot twist dunia kuliner! Makan sushi tapi rasa tekak melayu!

Salmon Head Soup
Salmon Head Soup

Salmon Head Soup: Untuk korang yang suka cabaran pedas 🌶️. Kena try Salmon Head Soup ni. Kuahnya pedas, salmon yang lembut, membawa rasa ke kampung halaman. Makan ni terasa lemak salmon tu, memang UMMPH!

Japanese Pudding, Baverages and Cutlet
Japanese Pudding, Baverages and Cutlet

Japanese Pudding: Jangan lupa simpan space untuk dessert 🍮. Manis, lembut, dan comforting, macam nostalgia yang dibalut dengan moderniti. Rugi kalau terlepas peluang untuk makan Puding Jepun ni denga variety air dengan makanan sampingan dekat sini.

Pelbagai jenis Sushi yang ada di Sushi Saga
Pelbagai jenis Sushi yang ada di Sushi Saga

Selain menu yang saya dah cerita, Sushi Saga juga ada banyak lagi pilihan makanan yang menggiurkan. Coba lah Salmon Thick Cut yang tebal dan segar, penuh rasa ikan 🐟. Pandan Tamago Sushi, Ebi Fry Cheese Roll dan Spicy Salmon Skin Roll pula, kombinasi sempurna antara keju yang leleh dan rangup. Kalau korang suka donburi, jangan lepaskan peluang mencuba Ebi Fry Don yang garing atau Gyudon yang penuh dengan umami. Peminat mi? Saba Teriyaki Udon dan Chashu Ramen pasti memuaskan hati korang dengan setiap suapan yang kaya rasa. Dan jangan lupa Fry Milk Stick, makanan penutup yang manis dan unik, mengakhiri makan korang dengan sempurna. Sushi Saga memang tak pernah kecewakan dengan pilihan menu yang luas dan penuh kreativiti! 🍣🍜🧀🍤

Rhys makan di Sushi Saga

Apa yang Rhys dapat simpulkan dari review kalini, Sushi Saga bukan setakat tawarkan menu yang inovatif, tapi juga commitment mereka untuk buat rasa premium dengan bahan-bahan halal memang mengagumkan 🌟. Sushi Saga destinasi makanan wajib dicuba sebab apa yang korang spend kat sini memang puas hati! Sama ada korang peminat sushi atau penggemar masakan Malaysia, restoran ini akan sediakan makanan jepun yang dapat diterima “tekak melayu” Setiap gigitan membawa pengembaraan rasa yang menyeronokkan 😄. Korang kena try sendiri, Sushi saga ni kedai Muslim-Friendly, Semua bahan yang digunakan memang halal dan dalam proses untuk dapatkan sijil halal. Tak perlu ragu-ragu lagi  – it’s a foodie adventure yang guaranteed buat korang tersenyum kekenyangan! 🍴🎉

📍 Sushi Saga

Sushi Saga, G-33A, Jalan Warisan Sentral 3, Kip Sentral, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

📲 Facebook: https://www.facebook.com/sushisagamy/

📲 Instagram: https://www.instagram.com/sushisagamy/

📲 Website: https://sushisagamy.com/