Tag Archives: mat salleh cari makan

Daging Salai Masak Lemak Cili Api – Rhys Tak Tahan Pedas!

Salai daging merupakan antara proses pengawetan sumber makanan yang sudah dikenal pasti sejak pra sejarah. Manusia di seluruh dunia, menggunakan teknik salai untuk memastikan sumber makanan seperti daging dapat bertahan lama. Malaysia juga terkenal dengan daging salai, terutamanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kami singgah ke Zaini Salai House dan menemu bual pemilik restoran tersebut, … Continue reading Daging Salai Masak Lemak Cili Api – Rhys Tak Tahan Pedas!

Aku secucuk satay.. Sate Maharani Muar

Di mana pun di muka bumi ini, setiap budaya mempunyai versi daging di atas lidi masing-masing. Di Jepun adanya Yakitori, di Negara-negara Caucasus – Shashlik, Turki – Shish Kebab dan di Nusantara, itulah Sate. Sate merupakan makanan yang sudah bertapak di Malaysia ratusan tahun lamanya. Berasal dari Kepulauan Jawa, Sate tiba di Malaysia melalui penghijrahan … Continue reading Aku secucuk satay.. Sate Maharani Muar

Mee Bandung Muar di Restoran Murtabak Tanah Melayu

Mee Bandung merupakan makanan yang berasal dari daerah Muar di negeri Johor. Bandung membawa maksud berkembar atau berpasangan, dalam hal ini Mee Bandung merupakan sejenis hidangan yang menggabungkan mee dan telur. Hidangan ini sudah pun terkenal diseluruh Malaysia tetapi ramai yang masih mengganggap bahawa Muar adalah tempat terbaik untuk merasai kenikmatan Mee Bandung yang asli. … Continue reading Mee Bandung Muar di Restoran Murtabak Tanah Melayu

Misi Mencari Baba Nyonya Cendol di Melaka

Disebabkan oleh kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa, Cendol merupakan hidangan pencuci mulut yang sangat terkenal. Seperti yang kita tahu, Malaysia beriklim panas lembab menjadikan hidangan sejuk seperti cendol digilai ramai. Cendol pada asalnya merupakan hidangan pencuci mulut yang berasal dari masyarakat Melayu. Tetapi di masa peti ais belum wujud, dan ais masih belum tiba di … Continue reading Misi Mencari Baba Nyonya Cendol di Melaka

Nasi Kandar Penang di Petaling Jaya?

Tuudiaa Mat Salleh ni mai dahh !! Kali ni Rhys William bawak hangpa semua pekena nasi kandaq yang legend di PJ. Nak tau awat depa kata kedai ni legend dan terbaik? Ok, minta maaf untuk “loghat utara” saya ya, banyak lagi kena belajar┬á­čśé Jom tengok “Mat Salleh Cari Makan” dan saksikan macam mana Nasi Kandar … Continue reading Nasi Kandar Penang di Petaling Jaya?

Jom menyeberang Luat Cina Selatan dan merasa makanan dari Sarawak

Antara semua negeri-negeri di Malaysia, salah satu favourite saya ialah Sarawak, sebab makanan di situ terbaik. Lagipun antara semua Laksa di Malaysia, yang kegemaran saya ialah Laksa Sarawak. Jom tengok video terbaru saya nak cari Laksa Sarawak yang rasa authentic di KL..

Durian sedap, tempoyak pun sedap, tapi ikan patin tempoyak paling sedap

Aku nak mengaku sesuatu.. Sebenarnya aku memang suka makan durian ­čśŁ. “Hantu durian” katanya.. Tempoyak pun suka jugak ­čśő Hari ni abam Rhys payung korang video aku cari dan makan Ikan Patin Tempoyak yang superb. Kalau korang tak percaya mat salleh boleh tahan durian dan tempoyak, hiburkan hari┬áanda dengan video ni.. Barulah percaya ­čśé p.s.┬áAda … Continue reading Durian sedap, tempoyak pun sedap, tapi ikan patin tempoyak paling sedap

Kawe nok make nasi kerabu…

Hari ni saya nak tunjuk┬ákorang video saya┬ácari nasi kerabu sangat sedap di KL. Saya juga cuba “kecek kelate” (cakap loghat Kelantan) Antara nasi kerabu saya pernah makan, yang ni salah satu paling sedap. Saya suka kedai ni sebab dia masih dimasak secara asal dan tradisional. Yang penting, untuk jadikan nasi warna “biru” dia tak guna … Continue reading Kawe nok make nasi kerabu…

Blog “Mat Salleh Cari Makan” di Bernama Radio

Bulan Januari 2017 saya dijemput datang ke Bernama Radio untuk cerita sikit pasal pengalaman saya di Malaysia dan kongsi sikit pasal blog ni.

Semua interview tu dirakam melalui Facebook live, tapi panjang sangat (dah hampir sejam). Jadi saya editi sikit dan potong interview ke bahagian pasal blog saya.

Dalam video tu saya kongsi macam mana dan kenapa saya mula blog “Mat Salleh Cari Makan” ni.

Boleh tengok video tu di bawah ni