Anak Rhys “Hantu” Satay Muar..

Perghh, rasa macam dah lama Rhys tak buat video… rindu jalan-jalan dan makan-makan.. πŸ˜…

Sekarang Malaysia dah masuk ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) maksudnya kita dah boleh merentas negeri dan berjalan-jalan kalau kita ikut SOP.

Ini kali pertama Rhys keluar berjalan dengan keluarga sejak Mac lalu, dan juga kali pertama family rhys masuk video… 😲

Weekend lepas kami ke Muar, Johor untuk misi makan sarapan satay dan jalan-jalan di Muar. Rhys cuba buat vlog sikit tentang aktiviti-aktiviti Rhys semasa di Muar.

Harap korang semua suka vlog style macam ni (ni rhys shoot dan edit semua sendiri tau… jadi maaf kalau kualiti agak kurang haha)

Dan ye betul… Leo memang kuat makan hahaha…. nak jadi food reviewer macam bapak dia kot πŸ˜…

Enjoy!

Tahu Lentok?

Kalau ke selatan tanah air, wajib cuba tahu bakar yang terkenal di Johor. Keunikan gabungan rasa tahu dan sos istimewa dimakan bersama timun, taugeh dan kacang tumbuk memberikan satu nikmat sensasi kepada deria rasa.

Dalam episod kali ini, saya ke R&H Cafe Muar untuk rasa sendiri tahu lentok. Apa itu tahu lentok? Mana datangnya asal usul nama tersebut? Nak tahu, tonton video kali ini.

Murtabak Singapura di Muar

Murtabak merupakan makanan yang sangat terkenal di Malaysia. Hampir di semua pasar malam, warung mamak dan anjung selera menjamu hidangan ini. Berasal dari perkataan arab “Mutabbaq” yang bererti lipatan, hidangan ini dipercayai datang ke Kepualauan Nusantara dari wilayah Arab. Ada juga yang mengatakan, walaupun namanya berasal dari Arab, makanan ini sebenarnya datang dari Selatan India. Yang manu satu yang betul, tak penting kerana murtabak kali ini lain dari lain.

Di selatan tanah air, wuju sejenis murtabak yang sangat istimewa dan unik, namanya Murtabak Singapura. Dari sudut fizikal, ternyata murtabak singapura sangat besar berbanding murtabak yang biasa didapati di pasar malam. Yang lebih menarik adalah lapisan roti dan isinya. Kebiasaan murtabak intinya berada di dalam lipatan roti, tapi lain pula dengan Murtabak Singapura ini.

Lapisan pertama serupa dengan murtabak biasa, tetapi kemudiannya disalut lagi dengan telur dan daging di bahagian luar. Ini menjadikannya sangat berlapis dan sedap sekali dijamah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Murtabak Singapura.

Mee Bandung Muar di Restoran Murtabak Tanah Melayu

Mee Bandung merupakan makanan yang berasal dari daerah Muar di negeri Johor.

Bandung membawa maksud berkembar atau berpasangan, dalam hal ini Mee Bandung merupakan sejenis hidangan yang menggabungkan mee dan telur.

Hidangan ini sudah pun terkenal diseluruh Malaysia tetapi ramai yang masih mengganggap bahawa Muar adalah tempat terbaik untuk merasai kenikmatan Mee Bandung yang asli.

Saya singgah ke Restoran Murtabak Tanah Melayu yang terletak bersebelahan dengan Kilang ST untuk merasai Mee Bandung asli Muar.