Tentang

Hai nama saya Rhys William dan saya asal dari UK tapi sekarang saya duduk kat KL.

Tahun 2012 saya lawat Malaysia untuk cuti-cuti dan saya jatuh cinta dengan negara ni. Saya tak tahu kenapa, dan tak boleh bagitahu tapi saya suka Malaysia dan saya fikir nak cuba tinggal kat sini.

Lepas satu tahun saya pulang Malaysia dan duduk kat sini – saya rasa keputusan tu memang best 🙂

Bulan november 2014 saya mula belajar bahasa melayu, belajar dari kawan2 saya, dengar radio, baca buku ‘sistem bahasa’ dan buat praktis dengan orang. Satu kawan kata saya kena buat blog untuk praktis tulisan bahasa dan buat ayat yang betul.

Jadi, saya mula blog ni.  Saya tak ada banyak idea untuk buat blog, jadi buat pasal jalan-jalan dan cari makan kat Malaysia. Harap2 korang suka, dan kalau saya tulis salah boleh kommen – saya masih tengah belajar lagi lah 🙂

Di bawah ni saya letak beberapa “interview” saya pernah buat kalau korang berminat tahu tentang saya lebih lanjut.

Astro Awani – Febuari  2017

MHI – April 2016

Bernama Radio – Januari 2017

NST – Febuari 2017 (Bahasa Inggeris)

The Vocket – November 2015

 

Kalau korang nak ‘follow’ saya kat facebook, boleh klick kat sini
www.facebook.com/TheRhysW

 

Cuma blog biasa pasal seorang ‘Mat Salleh’ jalan-jalan di Malaysia