Videos

Blog “Mat Salleh Cari Makan” di Bernama Radio

Bulan Januari 2017 saya dijemput datang ke Bernama Radio untuk cerita sikit pasal pengalaman saya di Malaysia dan kongsi sikit pasal blog ni.

Semua interview tu dirakam melalui Facebook live, tapi panjang sangat (dah hampir sejam). Jadi saya editi sikit dan potong interview ke bahagian pasal blog saya.

Dalam video tu saya kongsi macam mana dan kenapa saya mula blog “Mat Salleh Cari Makan” ni.

Boleh tengok video tu di bawah ni

4 Sebab Saya Sayang Malaysia

Ok, ni pertama kali saya buat video macam ‘vlog’, sebab dulu saya rasa malu sikit (sebenarnya malu sangat haha) nak buat video. Tapi baru2 ramai orang cakap kat saya dan cadangkan saya buat video.. Diaorang bagi inspirasi dan motivasi 😀

Harap2 korang boleh faham saya, dan maaf kalau ayat terbalik atau salah/silap ya..

Dalam vlog ni saya cakap pasal 4 sebab saya sayang Malaysia.

Sebenarnya saya ada banyak lagi sebab2 (macam lebih dari 10..) tapi tak cukup masa untuk cakap pasal semua dalam satu video je.

Saya harap korang suka video ni, dan kalau ade maklum balas atau cadangan letak komen di bawah atau mesej saya.