Throwback Teruk Dari Tahun 2015… Rhys William Cuba Masak Sambal Petai…

rhys william 2015

Cepat betul masa berlalu. Rupanya 5 tahun lepas Rhys dah buat video masak-masak kat YouTube πŸ˜… Tapi tengoklah video tu macam mana haha

Pada tahun 2015 Rhys baru belajar Bahasa Melayu dan baru mula menulis dalam blog dan buat video sikit-sikit. Masa tu ada cuba buat satu video di mana Rhys masak “Sambal Petai Udang”…

Terhibur bila Rhys tengok balik sebab nampak banyak pebezaan, bukan sahaja dari sudut Bahasa Melayu (masa tu Rhys cakap pelat sangat hahaha) tapi juga dari sudut saiz badan juga – jauhnya beza dengan sekarang!

Rhys ingat masa tu selepas publish video, Rhys terus “hide-kan” video sebab rasa segan sangat tengok balik, 5 tahun kemudian baru Rhys rasa berani nak tunjuk…

Kena ingat, tahun 2015 ni Rhys belum buat video lagi dan belum betul-betul belajar Bahasa Melayu πŸ˜…

Rhys harap korang semua terhibur tengok πŸ˜‚

Rhys William

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)