Percubaan saya berpuasa sepanjang bulan Ramadan

Mungkin korang dah tahu, bulan Ramadan 2017 saya cuba puasa. Bukan 1 atau 2 hari tahu, saya nak puasa sepanjang bulan Ramadan.. Kenapa? Sebab orang kata, kalau nak sambut Hari Raya.. kena puasa penuh dulu 🙂

Sebenarnya saya puasa sebab saya nak belajar lebih lanjut tentang bulan Ramadan, dan kenapa orang Islam berpuasa. Saya tahu bulan puasa bukan setakat tahan lapar je, tapi ada banyak benda lain orang buat, contohnya bagi makanan dan bantuan kepada orang kurang bernasib.

Puasa saya berjaya, walaupun tinggal satu hari je 🙂 dan saya belajar banyak di bulan Ramadan ni.

Kalau korang nak tengok perjalanan saya, daripada hari pertama puasa sehingga saya balik kampung dan beraya, boleh tengok “vlog” saya bawah ni.

Vlog ni bukan planned atau ada skrip, saya cuma bawak camera dan rakam aktiviti harian saya sepanjang bulan puasa. Saya harap korang suka..

Share:
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestEmail this to someone

Comments

comments

Leave a Reply