Misi mencari nasi lemak paling sedap di Kuala Lumpur

Bila saya sampai Malaysia 4 tahun lepas, makanan pertama saya makan ialah “nasi lemak”.

Hari ni saya nak tunjuk korang video saya cari nasi lemak paling sedap di KL. Kalau korang duduk KL, korang mesti cuba makan kat situ!

Nama kedai tu “Nasi Lemak Wanjo” bermula operasi tahun 1963, dan kira anatara satu kedai nasi lemak tertua di Kuala Lumpur. Cara dia masak nasi lemak tak berubah sejak 1963, jadi nasi lemak dia masih rasa asal. Contohnya, dia masih masak guna tong kayu. Bila saya makan sana, confirm nasi lemak paling sedap saya pernah makan.

Korang nak tahu maklumat lanjut pasal nasi lemak ni? Jom tengok video bila saya pergi sana. Tengok di bawah ni..

Saya harap korang suka video ni, kalau ada apa2 feedback bagitau je lah, sebab ni video pertama saya buat gaya macam ni.. Cuma tolong jangan kecam ya hihi

Share:
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestEmail this to someone

Comments

comments

5 thoughts on “Misi mencari nasi lemak paling sedap di Kuala Lumpur”

  1. Hi Rhys,

    Asiaone brought me here….geez…pelik sungguh nak komen dalam melayu tapi saya cuba eventhough my first mother tongue is malay.

    Saya sangat terharu dengan gaya percakapan dan penulisan awak (kelakar pun ada sebab kadan-kadang tulisan melayu awak “cute” rasa macam cakap dengan budak-budak sekolah rendah lol)

    Saya harap awak gembira dengan keputusan untuk tinggal di kuala Lumpur, walaupun Malaysia tidaklah sebesar negara negara berkuasa di luar sana tapi it has alot to offer

    saya sendiri sudah berpindah dan bermaustautin ke luar negara. Walaupun saya sudah mengembara dan melihat banyak tempat menarik di negara luar tapi malaysia tetap di hati. Satu perkara yang saya sentiasa rindu apabila di luar negara ialah makanan. Malaysia has so much good and yummy food and no other country out there can beat that and one of them is Nasi Lemak masakan mak saya.

    Jadi saya galakkan anda untuk mencuba lebih banyak makanan-makanan yang ada di malaysia seperti nasi dagang, laksa johor, nasi kerabu etc etc dan tak lupa juga pencuci mulut…they are the best

    Good luck…dan saya harap anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi blog dan video mengenai makanan-makanan di malaysia and saya ingin tahu apa pendapat anda dari perspektif bangsa asing

    P/s saya harap anda tahan dengan cuaca Kl yang sangat panas bahang di malaysia sebab saya tidak hehe…

  2. Bro Rhys,
    Kene cuba nasi lemak sambal kerang di taman seri sentosa , jalan klang lama. Gerai cuma buka selepas jam 4 petang. Lokasi di surau lama.
    Nasi lemak kukus

Leave a Reply