Makanan Istimewa Taiwan – Xiao Long Bao di “DIN” By Din Tai Fung..

Minggu lepas saya dijemput untuk datang ke sebuah restoran di KLCC, Kuala Lumpur. Satu restoran yang amat menarik bagi saya. Nama dia “DIN” By Din Tai Fung. Kenapa saya rasa restoran ni menarik? Biar saya jelaskan dalam blog ni.

Latar Belakang DIN By Din Tai Fung

Din Tai Fung sebenarnya berasal dari Taiwan, asalnya diasaskan sebagai perniagaan runcit minyak masak tahun 1958, pada tahun 1972 Din Tai Fung kembali semula sebagai restoran menghidangkan menu dumpling dan mi homemade.

Sejak itu Din Tai Fung Hong Kong diiktiraf sebagai salah restoran bertaraf Michelin Satu Bintang pada tahun 2010 sehingga 2014 berturut-turut . Din Tai Fung juga pernah dianugerahkan sebagai sepuluh restoran gourmet teratas di dunia. Di Malaysia pula, Din Tai Fung pernah menang anugerah “19th Malaysia Tourism Awards 2014/2015, Innovative Restaurant”

Setakat ini, Din Tai Fung mempunyai lebih dari 140 restoran di seluruh dunia. Walaupun demikian, Din Tai Fung tetap mengekalkan resipi dan cara masak yang asal.

DIN By Din Tai Fung merupakan restoran pertama mereka di Malaysia yang dikelaskan sebagai “pork free”.

DIN by Din Tai Fung KLCC
DIN by Din Tai Fung terletak di KLCC

Makanan Istimewa

Kalau anda ke DIN, ada satu makanan istimewa yang anda wajib cuba. Iatu “signature dish” dia, Xiao Long Bao – “soup dumplings”

Xiao Long Bao di Din Tai Fung
Xiao Long Bao dikelim sebanyak 18 kali supaya sup yang dalam tak bocor
Apa itu Xiao Long Bao?

Xiao Long Bao adalah sejenis dumpling, yang dikukus dalam pengukus buluh (bamboo steamer). Serupa tapi tak sama dengan “dim sum”, Xiao Long Bao ni penuh dengan intinya dan sup. Setiap dumpling buatan tangan oleh chef yang berpengalaman, dan setiap dumpling dikelim sebanyak 18 kali supaya sup yang dalam tak bocor. Boleh tengok chef buat dumpling secara “live” di depan restoran.

Proses membuat Xiao Long Bao
Boleh tengok chef buat Xiao Long Bao secara “live” di depan restoran

 

Yang specialnya ialah cara nak makan, sebab ada cara yang betul untuk nikmati rasa sepenuhnya.

Macam mana makan Xiao Long Bao?

Disebabkan Xiao Long Bao penuh dengan sup, ada cara untuk makan. Nasib baik pelayan di sana tunjuk saya cara yang betul! (kalau anda ke sana, anda boleh minta tolong mereka tunjuk cara betul)

  1. Menyediakan “sos”. Campur sos kicap, cuka dan halia
  2. Ambil satu Xiao Long Bao dengan chopstick dan cicah dalam sos
  3. Letak atas sudu
  4. Pecahkan Xiao Long Bao supaya sup yang dalam bocor atas sudu dan campur dengan sos
  5. Ambil sedikit halia dari tadi dan letak atas
  6. Makan satu suap!
Jenis Xiao Long Bao di DIN

Kalau nak dapat rasa asli, saya cadang anda cuba Xiao Long Bao Ayam, sebab itu ada rasa paling tepat dengan Xiao Long Bao di Taiwan.

Tapi juga ada satu jenis Xiao Long Bao “fusion”, iatu Xiao Long Bao Sambal – barulah Malaysia!

Taste Test

Bagi saya, dua jenis Xiao Long Bao yang saya cuba sangat sedap. Bila ikut cara betul nak makan, rasa dumpling tu seimbang.

Untuk Xiao Long Bao Ayam, doh/dumpling rasa fresh dan padat, intinya ada rasa ayam dan rempah2, dan sup ada rasa rempah2 sup, tapi ringan. Yang tambah rasa adalah sos dan halia yang kita letak atas. Lazat, dan satu cita rasa yang baru.

Yang sambal pula, doh/dumpling rasa sama dengan ayam, tapi intinya rasa sebiji macam makan sambal. Pedas-pedas manis, dan sedikit rasa ikan bilis. Itu yang rasa paling menarik bagi saya, sebab ada rasa “fusion” Malaysia dan Taiwan.

Sambal Xiao Long Bao
Xiao Long Bao Sambal – barulah Malaysia!

Makanan-makanan lain

Selain dari Xiao Long Bao, DIN juga hidangkan pelbagai jenis makanan asli Taiwan, dan juga beberapa hidangan “fusion” Malaysia/Taiwan. Berikut adalah semua makanan saya cuba di sana, dan sikit komen dari saya tentang rasa.

Salted Egg Prawns

Mungkin kita dah biasa dengan rasa “salted egg”, dari makan telur masin dengan nasi, sampai ke makan salted egg tart. Tapi udang salted egg? Lain macam tu..

Selepas Xiao Long Bao, ni lah makanan favourite saya kat DIN. Udang yang digunakan adalah udang besar dan fresh (boleh tau udang tu fresh sebab rasa dia manis).Selepas
udang digoreng, ia dibalut dengan salted egg batter. Nikmatnyaa bila makan, rasa salted egg tu campur sekali dengan udang fresh.

Salted egg prawns din tai fung
Nikmatnyaa bila makan, rasa salted egg tu campur sekali dengan udang fresh.
Fried Rice Chicken Chop

Boleh kata hidangan ni memang fusion, nasi goreng chicken chop. Saya ambil nasi goreng yang pedas, dan walaupun banyak cili, rasa dia tak pedas sangat (kalau saya sebagai mat salleh boleh tahan, maksudnya sesuai untuk semua!).

Nasi goreng dia style Chinese, boleh rasa telur dan rempah yang ringan. Yang penting ada rasa hangit dari kuali yang menambah rasa. Chicken chop pula tak rasa macam chicken chop biasa, ada rasa rempah2 sendiri. Unik dan sedap. Kalau anda ke sana dan rasa makan Xiao Long Bao sahaja tak kenyang, bolehlah order nasi goreng chicken chop juga.

nasi goreng chicken chop din tai fung
Kalau anda ke sana dan rasa makan Xiao Long Bao sahaja tak kenyang, bolehlah order nasi goreng chicken chop juga.
Custard Bun

Kalau belum kenyang lagi, bolehlah cuba pencuci mulut yang amat menarik bagi saya, steamed custard bun.

Rupa sama macam “pau”, bun ni dikukus juga dan intinya adalah custard. Seperti semua bun, dumpling dan mi di DIN, bun ni diperbuatkan dari tangan chef mengikut pesan – jadi maksudnya rasa dia fresh.

Doh tu rasa tebal dan lembut, dan custard yang dalamnya cair dan panas. Custard rasa berkrim dan tak manis sangat. Cuma hati-hati bila makan, sebab kalau tak bila nak pecahkan bun, bun tu akan “meletup” dan tembak anda dengan custard panas haha

 

Macam-macam lagi

Boleh kata di restoran DIN ni, banyak pilihan makanan, jadi ada sesuatu untuk semua. Saya cuba banyak hidangan kat situ, tapi tak cukup masa untuk cerita tentang semua sini.

Kesimpulan

Saya amat kagum dengan DIN By Din Tai Fung. Boleh kata saya jarang makan makanan seperti ni, tapi kali ni saya rasa sangat tertarik. Semua makanan saya cuba memang sedap bagi saya, rasa-rasa yang unik dan bukan rasa-rasa yang kita biasa makan hari-hari.

Restoran DIN ni sesuai untuk pergi ramai (contoh 2-6 orang), sebab kebanyakan hidangan sesuai untuk kongsi (contoh Xiao Long Bao). Jadi sesuai untuk menyambut hari istimewa ataupun makan dengan famili.

Boleh kata kalau makan di DIN ni bukan setakat untuk makan sahaja, tapi satu pengalaman. Untuk kualiti makanan yang kita dapat, dan kualiti servis, harga memang berbaloi (bawah RM50 satu kepala, kalau makan berkongsi) DIN By Din Tai Fung bukan restoran kita boleh makan hari-hari, tapi satu restoran yang kita boleh makan sekali sekala bila kita mahu sesuatu yang istimewa.

rhys william di din tai fung klcc
Saya amat kagum dengan DIN By Din Tai Fung. Boleh kata saya jarang makan makanan seperti ni, tapi kali ni saya rasa sangat tertarik. Semua makanan saya cuba memang sedap bagi saya, rasa-rasa yang unik dan bukan rasa-rasa yang kita biasa makan hari-hari.
Kalau anda nak pergi dan rasa sendiri, berikut adalah maklumat lanjut

Alamat:
DIN By Din Tai Fung,
Lot 417, Level 4
Suria KLCC,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/DinMalaysia/

Website: https://din-my.com/

 

Comments

comments

Leave a Reply